itemprop='blogPost' itemscope='itemscope' itemtype='http://schema.org/BlogPosting'>
Lama gak aku termenung memikirkan slot kebahagiaan yang ingin aku perkatakan..kalu dulu aku merasakan bahagia itu perlu d cari tetapi setelah ku lalui semuanya jelas sekali..bahagia itu sentiasa ader d mana2..bahagia itu boleh d cipta..setiap org bahagia mengikut cara yg tersendiri..
Macam seorg sahabatku ini..sering melihat dia menangis dan terseksa kerna insan tersayang..entah naper aku dapat rasakan kebahagiaannya d sebalik air mata itu..mungkin btol ader yang sanggup memilih derita hanya dapat bersama dgn yg tersayang..persoalan yang sukar d jawab..kadang2 waras akal ku berkata..mestikah cinta itu membawa derita, mestikah aku turut merasai nya??sanggupkah aku dkhianati?sanggupkah aku diduakan??sanggupkah aku melukakan hati org yang tersyg hanya utk bersama cinta..sukar dan amat sukar kujawab..
Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya mereka yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.
Mengapakah mereka, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan mereka mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya manusia sebegini.Lupakah mereka pada karma..setiap yg wujud ada balasannya..Cuma kuharap manusia yang hanya tahu mencipta kecurangan sedar akan permata yang berkilauan d matanya..Jangan tersalah memilih kaca kerna kamu juga akan rasa sakitnya nanti..
Bagi aku, aku sedar akan kebahagiaan yg cuba kukejar hanyalah mainan mimpi semata2..terima kasih pd insan yg bernama 'Q'..kerna dia, aku mula membuka mataku..membuka mata hatiku..Q banyak membantu aku tanpa dia sendiri sedar..Aku bisa menghadapi dunia setelah tersungkur kerna mainan mimpi..Sesungguhnya kamu insan yang membuka mataku ttg kebenaran dan kepalsuan cinta yng cuba kukejar..Kalau lah aku dapat memutar kembali masa, aku xkan biarkan cinta mnelukai hatiku sedalam ini..Aku harus pandang kehadapan dan aku harap kan mereka yang menyayangiku sentiasa bahagia dgn cara mereka tersendiri..Kebahagiaan terletak d tangan kita sendiri...Kita yang bisa mencipta dan memilihnya..