Friday, March 11, 2011

itemprop='blogPost' itemscope='itemscope' itemtype='http://schema.org/BlogPosting'>

Bersyukur Atas Karunianya


Arini masa tgh bawa kete stuck dalam jammed..pikiran aku merewang jauh..Mengenang kembali perjalanan hidupku..Alhamdullilah..aku bersyukur..teramat2 bersyukur..Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..Aku sentiasa dapat apa yang aku inginkan..Syukur..aku sentiasa mendapat pertolongan dari-Nya..walau ader sedikit luka ttp Allah memberikan seribu kebahagian dengan pulangan yang tidak terhingga..Setiap yang berlaku mmg ader hikmahnya..Aku bahagia dgn sedikit luka itu kerna dgn itu aku belajar ttg hidup..xsemua sempurna seperti yang kita rancang..tp kerna luka itu gak aku mampu bangun dan terus tabah utk hadapi sebarang kemungkinan..Terima Kasih Allah..Engkau sentiasa menunjukkan aku Jalan-MU..Walau kadangkala aku sering juga melupakanMu namun Engkau xpernah melupakan aku..Engkau Maha berkuasa di atas segala-galanya..mmg aku ni nakal skit tp Engkau mengajar aku dgn menghantar ujian-ujianMu yang sentiasa akan membuatku kembali mengingatiMU..Syukur atas nikmat kurniaanMu..Moga aku sentiasa d bawah lindungan kasihMu..Langkahku takmungkin dapat membeli syurgaMu tetapi syukurku semoga mendapat RahmatNya..Aku umpama si Hina papa, walau sejuta langkahku, belum tentu dapat membayar kasihMu..sembahku dalam penghambaan menuju cinta-Nya..AMIN

itemprop='blogPost' itemscope='itemscope' itemtype='http://schema.org/BlogPosting'>

Kebahagiaan....

Lama gak aku termenung memikirkan slot kebahagiaan yang ingin aku perkatakan..kalu dulu aku merasakan bahagia itu perlu d cari tetapi setelah ku lalui semuanya jelas sekali..bahagia itu sentiasa ader d mana2..bahagia itu boleh d cipta..setiap org bahagia mengikut cara yg tersendiri..
Macam seorg sahabatku ini..sering melihat dia menangis dan terseksa kerna insan tersayang..entah naper aku dapat rasakan kebahagiaannya d sebalik air mata itu..mungkin btol ader yang sanggup memilih derita hanya dapat bersama dgn yg tersayang..persoalan yang sukar d jawab..kadang2 waras akal ku berkata..mestikah cinta itu membawa derita, mestikah aku turut merasai nya??sanggupkah aku dkhianati?sanggupkah aku diduakan??sanggupkah aku melukakan hati org yang tersyg hanya utk bersama cinta..sukar dan amat sukar kujawab..
Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya mereka yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.
Mengapakah mereka, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan mereka mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya manusia sebegini.Lupakah mereka pada karma..setiap yg wujud ada balasannya..Cuma kuharap manusia yang hanya tahu mencipta kecurangan sedar akan permata yang berkilauan d matanya..Jangan tersalah memilih kaca kerna kamu juga akan rasa sakitnya nanti..
Bagi aku, aku sedar akan kebahagiaan yg cuba kukejar hanyalah mainan mimpi semata2..terima kasih pd insan yg bernama 'Q'..kerna dia, aku mula membuka mataku..membuka mata hatiku..Q banyak membantu aku tanpa dia sendiri sedar..Aku bisa menghadapi dunia setelah tersungkur kerna mainan mimpi..Sesungguhnya kamu insan yang membuka mataku ttg kebenaran dan kepalsuan cinta yng cuba kukejar..Kalau lah aku dapat memutar kembali masa, aku xkan biarkan cinta mnelukai hatiku sedalam ini..Aku harus pandang kehadapan dan aku harap kan mereka yang menyayangiku sentiasa bahagia dgn cara mereka tersendiri..Kebahagiaan terletak d tangan kita sendiri...Kita yang bisa mencipta dan memilihnya..

itemprop='blogPost' itemscope='itemscope' itemtype='http://schema.org/BlogPosting'>

Kiranya Lelaki Tahu...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang
paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana
nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan
dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan
senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan Persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu
ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia
sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan
tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang
mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa."

Saturday, March 5, 2011

itemprop='blogPost' itemscope='itemscope' itemtype='http://schema.org/BlogPosting'>

Indah nya kata cinta

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah...

itemprop='blogPost' itemscope='itemscope' itemtype='http://schema.org/BlogPosting'>

Kemurnian Cinta Dan Kepasrahan Pada-Nya “Dari Hati Untuk Jiwa”

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah… ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
…Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya….

Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh


    AMIN ya robbal'alamin

Thursday, March 3, 2011

itemprop='blogPost' itemscope='itemscope' itemtype='http://schema.org/BlogPosting'>
Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau:

Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai istri yang sangat sempurna menurut pandangan manusia.

Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lewat di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk sholat berjamaah di masjid. Namun apabila beliau mendapati anaknya sedang bermesraan dengan Atikah dengan lembut dan romantis sekali, beliau membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid.

Setelah selesai menunaikan sholat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar RA saat beliau mendapati anaknya masih bersenda gurau dengan istrinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan sholat di masjid. Kemudian Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, lalu bertanya :

”Wahai Abdullah, adakah kamu sholat berjemaah?”

Tanpa berhujjah panjang Abu Bakar berkata :

“Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melupakan kamu dari sholat fardhu, ceraikanlah dia!”

Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu bakar mendapati anaknya melalaikan hak Allah. Ketika beliau mendapati Abdullah mulai sibuk dengan istrinya yang cantik. Ketika beliau melihat Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.
Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa membuat dalih, Abdullah terus mengikuti perintah ayahandanya dan menceraikan istri yang cantik dan amat dicintainya. Subhanallah!!!

Dari kisah di atas, marilah kita sama-sama bertafakkur tentang hakikat dan bagaimana cinta sejati, tulus dan suci itu sebenarnya. Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan senantiasa dipenuhi dengan warna-warna cinta. Bahkan kita dapat ungkapkan bahwa kehadiran manusia di muka bumi ini disebabkan Allah SWT meletakkan sebuah perasaan di dalam jiwa manusia, dan dia adalah cinta.

Sebaliknya cinta juga mampu melahirkan pribadi-pribadi yang mengagumkan.
Pribadi yang tak takut kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada sesuatu.
Namun kerena cinta yang hadir dipenuhi dengan nuansa keimanan, maka mereka rela mengorbankan apa saja yang mereka amat cintai demi memperoleh keridhaan Dzat Pemberi cinta.

Jiwa mereka tidak gundah gulana hanya kerena kehilangan cinta duniawi karena Allah sebagai Dzat pemberi ketenteraman pribadi-pribadi taat ini amat menyadari bahwa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan.
Mereka yakin kenikmatan cinta tak ada artinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta. Maka yang mereka cari adalah ridha dan cinta kasih Allah, bukan cinta yang bersifat sementara.

Kisah Abdullah putera Abu Bakar RA menjadi contoh kematangan pemuda yang mengenal arti cinta. Bayangkan!! Dia memiliki isteri yang amat cantik, berakhlak mulia, berkedudukan tinggi dan berharta. Namun saat ayahandanya memerintahkan untuk menceraikan isterinya, dengan alasan isterinya telah melalaikan Abdullah dalam menunaikan hak Allah seterusnya akan membuat Abdullah lalai dari berjihad di jalan Allah. Maka apa reaksi Abdullah? Tidak!! Abdullah tidak marah langsung pada ayahnya. Atau berusaha mengambil pedang dan ingin memenggal kepala si ayah yang berusaha memisahkan jalinan cinta yang memang sudah sah itu. Sekali lagi tidak!! Pemuda yang bernama Abdullah melihat perintah itu dengan kacamata cinta yang diberikan Allah. Ia rela menceraikan isteri yang dicintainya demi mempererat hubungan cinta dengan Allah. Subhanallah.. Masih adakah pemuda-pemuda seperti peribadi Abdullah di zaman globalisasi kini?

Begitulah cinta....
Ia mampu melambungkan manusia pada derajat kemuliaan yang tak terhingga....
Manakala frekuensi atau gelombang cintanya juga sudah selaras dengan frekuensi atau gelombang cinta yang Allah kehendaki....
Semuanya akan senada seirama, tak ada dengung sumbang, tak ada nada ternoda.... Demikian indah dan asli irama cinta sejati....

Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan dihiasi dengan cinta dan kasih sayang yang memperhalus hati memperindah kehidupan, tetapi cinta ini pula yang tak jarang membuat orang dililit nestapa duka lara bahkan berperilaku hina dan nista..

Cinta manakah yang benar benar membawa berkah?

Cinta yang membawa berkah adalah cinta yang dibalut karena hati takut kepada Allah semata,

Sedangkan cinta yang membawa nista adalah cinta yang berbaur hanya dengan nafsu syahwat belaka..

Oleh karena itu keindahan cinta akan terasa jikalau ijab qobul menjadi pengokoh cinta di jalan yang Allah ridhoi..

Saudara/i-ku waspadalah terhadap cinta yang tidak diridhoi oleh Allah dan pilihlah cinta yang disukai yang membawa kepada rahmat dan kemuliaan di sisi Allah..

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati kepada manusia yang apa jiwa buntu, lalu terlilitlah aku dilorong gelisah, luka hati yang berdarah kini jadi kian parah, semalam sudah sampe kepenghujungnya, kisah seribu duka kuharap sudah berlalu.. tak ingin lagi ku ulangi kembali, kerap dosa yang mengiris hati..

Tuhan dosaku menggunung tinggi tapi rohmatMu melangit luas, harga selautan syukurku hanyalah setitik nikmatMu di bumi..

Tuhan walau tobat sering kumungkir, namun pengampunanMu tak pernah bertepi, bila selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat pada ku



trimakasih atas segala yang telah engkau berikan pada hambamu ini dan teman ham yang selalu minta  perlindungan rahmat mu.......amiiin!!!

itemprop='blogPost' itemscope='itemscope' itemtype='http://schema.org/BlogPosting'>

Berbagi Keindahan Cinta

Manusia dalam dirinya di anugerahi rasa cinta. Cinta inilah yang memberikan manusia daya hidup dan perjuangan. Dengan cinta, manusia membangun keharmonian hidup bersama manusia lainnya. Dengan cinta, manusia membina hubungan rumah tangga. Bolehkah dibayangkan bagaimana membangun keluarga tanpa cinta, maka yang timbul adalah kegundahan dan kegelisahan. Dengan cinta pula, manusia mengabdi kepada Tuhannya.
Manusia yang hidup tanpa memiliki rasa cinta, maka hidupnya di penuhi benci dan dendam. Manusia tanpa rasa cinta, maka yang muncul adalah keegoan. Dengan cinta, manusia dapat melangsungkan hidup dengan kegembiraan dan kepuasan. Cintalah yang memberikan tenaga pada manusia untuk melaksanakan tujuan hidupnya. Cinta pula yang memberikan ghairah dan semangat hidup pada manusia.
Namun dengan cinta pula, manusia dapat terjerumus dalam lembah kenistaan, iaitu ketika manusia cinta dunia dan kekuasaan. Cinta dunia inilah yang membawa manusia pada titik nadir kemanusiaan, manusia kehilangan spiritualiti kerana cinta pada kebendaan. Manusia kehilangan ruh kemanusiaannya menjadi seperti haiwan, kerana manusia telah teramat cinta pada kebutuhan jasmani semata, maka manusia seperti ini bagaikan binatang. Ia hanya mengumbar syahwat jasmani saja, inilah yang terdapat pada haiwan. Cinta pada kekuasaan membawa manusia pada tirani bagi manusia lain.Tidak tertebar lagi rasa cinta lagi pada manusia, yang ada adalah nafsu berkuasa.
Sesungguhnya cinta manusia dapat dibagi menjadi dua: “cinta sejati” (‘isyq haqiqi), atau cinta pada Tuhan; dan “cinta tiruan” (‘isyq majazi), atau cinta terhadap segala lain-Nya. Tapi, dalam pengujian yang lebih dekat, orang melihat semua cinta sesungguhnya adalah cinta pada Tuhan, kerana segala sesuatu adalah pantulan dan bayang-bayang-Nya. Sedangkan, adanya perbezaan antara dua jenis cinta tersebut lantaran orang memahami yang ada hanyalah Tuhan dan cinta untuk-Nya semata. Sedangkan cinta pada yang lainnya, kerana meyakini adanya keterlepasan eksistensi dari-Nya atas segala objek keinginan yang dicintai, dan tidak mengarahkan pada hubungan cinta terhadap-Nya.
Padahal cinta kepada yang selain-Nya tapi berasal dari-Nya, akan membawa orang kepada-Nya. Setiap objek keinginan dari orang perorangan akan menunjukkan kepalsuannya, dan orang akan mengalihkan cintanya. Namun, bagaimanapun juga setiap hasrat (cinta) tidak akan menemukan Kekasih Sejati kecuali setelah kematian, manakala ia sudah terlambat untuk menutup jurang keterpisahan. Pada saat itu, sesal kemudian tidak berguna, kerana dalam hidupnya, manusia seperti ini telah memberikan cintanya pada selain Tuhan. Bagi seorang Sufi, hanya ada satu Yang Tercinta; dia melihat bahawa semua cinta “palsu”, beku dan tidak nyata selain kepada Tuhan.
Dalam konteks ini, Rûmî menerangkan hakikat keindahan cinta sejati secara ringkas dan jelas: Keindahan adalah setetes air yang berasal dari Lautan yang tak berbatas, atau sebuah cahaya yang memantul pada dinding. Semua keindahan berasal dari dunia lain, yang ada di sini hanyalah kesementaraan dan pinjaman. Keindahan yang sesungguhnya hanya ada pada Tuhan.
Seperti juga yang diungkapan Rûmî: Keindahan wang palsu itu adalah sesuatu yang terpinjam, di balik kecantikannya tersimpan kepalsuannya.
Dari perkataan Rûmî bahawa cinta pada kecantikan dunia merupakan cinta palsu. Cinta seperti ini hanya menghasilkan tujuan semu bagi manusia. Jika manusia mengejar dunia, manusia seperti mengejar fatamorgana, yang jika dikejar maka ia tidak akan pernah terpegang. Kerana akan menghilang begitu kita sampai di dekatnya. Begitu juga dengan cinta manusia pada dunia, manusia tidak akan pernah puas untuk terus memperbanyak harta dunia.
Sebuah syair yang diungkapkan oleh Rûmî yang menggambarkan tentang cinta dunia berbunyi:
Manusia merasakan cinta, derita, rasa sakit, dan segala hasrat yang seandainya sekalipun seratus dunia telah menjadi miliknya, ia tetap terus mencari, tidak pernah istirehat atau merasakan ketenangan. Orang-orang seperti ini menyibukkan diri sepenuhnya dengan segala kemampuan,keahlian, dan kedudukan; mereka mempelajari astronomi, ubat-ubatan, dan lain sebagainya, tapi mereka tidak pernah memperoleh rasa tenteram, sebab tujuan mereka belum tercapai. Adapun Yang Tercinta, bagaimanapun juga, adalah “ketenteraman hati,” kerana hati mencapai tujuan melalui-Nya. Maka, bagaimana mungkin ia menemukan ketenteraman dan kedamaian melalui yang lain?
Inilah keindahan yang menimbulkan cinta palsu adalah dunia ini. Pada kecantikannya terdapat kepalsuannya. Jadi jika manusia ingin mendapatkan cinta sejati ialah cinta pada Tuhan, yang telah memberikan cinta dan keindahan itu. Manusia tidak terpesona oleh keindahan pantulan-Nya yaitu keindahan dunia ini. Dalam sebuah syairnya Rûmî juga berujar:
Cinta adalah Sifat Tuhan, yang tidak membutuhkan apapun, cinta pada selain-Nya adalah palsu.
Tuhan adalah mata air cinta, sebagaimana Dia adalah sumber segala yang ada. Tapi apa makna “Tuhan adalah Cinta “? Kenyataan bahawa begitu banyak ayat al-Quran menyatakan Cinta adalah Sifat Tuhan. Kerananya, sering disebut-sebut dalam Kitab Suci itu, Tuhan “mencintai” sesuatu. Para Sufi biasa mengutip ayat berikut ini, yang berbicara tentang hubungan hierarki antara Cinta Tuhan kepada manusia kepada-Nya, yang terakhir bermuara dari yang pertama:
“Tuhan akan mendatangkan suatu kaum yang Dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang Mukmin, dan keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan-Nya dan tidak risau oleh celaan orang-orang yang suka mencela” – al-Maidah: 54
Kecintaan manusia pada Tuhannya merupakan cinta sejati. Sedangkan kecintaan manusia pada dunia merupakan cinta tiruan. Jika manusia lebih mencintai dunia, maka ia sebenarnya telah mendekatkan dirinya pada jurang kehancuran. Manusia telah membuang percuma waktu di dunia untuk mencinta yang palsu dan tidak hakiki.
Menurut Husain Mazhahiri ada lima ciri orang cinta pada dunia. Pertama, keadaan mewah. Hal ini menunjukkan tenggelamnya seseorang dalam kecintaan kepada dunia. Keadaan ini jika sampai menguasai manusia, maka ia akan mendorongnya untuk bersikap zalim dan angkuh, dan kemudian manusia itu akan mendapatkan kecelakaan dan kehancuran. Keadaan mewah menyebabkan yang bersangkutan tenggelam dalam syahwat dan kenikmatan-kenikmatan duniawi, yang pada akhirnya mengiringnya menuju sikap lalim dan mendustakan para Nabi. Allah berfirman: “Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup.” – al-‘Alaq:6
Ciri kedua ialah sikap berlebih-lebihan dan membazir. Mereka yang berlebih-lebihan dan bergaya hidup mewah, ialah orang-orang yang tenggelam dalam kecintaan kepada dunia. Al-Quran al-Karim mencela mereka dengan keras dan menyifati mereka sebagai saudara-saudara syaitan. “Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan hal-hal yang berlebihan (mubazir), mereka adalah saudara-saudara setan.” al-Isra:27
Sedangkan yang ketiga adalah ketergantungan hati kepada hal-hal duniawi yang bersifat mubah. Yakni manusia tergantung kepada harta, makan, kenyamanan, seks, dan sebagainya. Salah satu contoh ketergantungan kepada dunia ialah merokok. Merokok berbahaya bagi kesihatan badan, begitu juga bagi kesihatan ruhani dan keselamatan masyarakat. Dengan melepaskan ketergantungan dari hal-hal duniawi yang bersifat mubah, maka ia telah menjadi orang yang mampu mengendalikan dirinya. Pengendalian diri merupakan penyangga dari terjerumus pada dosa.
Dengan mengendalikan diri dari kecintaan terhadap dunia akan membawa manusia pada nilai-nilai kecintaan sejati. Sebuah cinta sejati pada Tuhan. Sedangkan kecintaan manusia pada dunia ini merupakan cinta palsu, cinta yang tidak abadi. Jika manusia sepanjang hidupnya hanya memikirkan kecintaan pada dunia sesungguhnya hidup manusia adalah sia-sia belaka. Kerana apa yang dikejarnya merupakan fatamorgana.
Manusia yang ingin mendapat keindahan cinta, kebahagian hakiki, dan keselamatan abadi, maka manusia harus memberikan cintanya pada yang Maha Indah, Maha Hakiki dan Maha Abadi iaitu Allah. Dengan kecintaan pada Tuhan ini, manusia akan mendapatkan kebahagiaan dan keselamatan hidup yang hakiki, kerana manusia telah mencintai yang memang patut dicintai.Semoga kita tidak salah menaroh cinta ya....

 
cinta yang hakiki powered by blogger.com
Design by Simple Diamond Blogger Templates